Followers

Thursday, February 23, 2012

membina lorong seni.kuantan

Mengapa PROJEK HARAM,mungkin ada yang bertanya. Dulu,jika kamu ingat,kami pernah menganjurkan satu projek haram juga.

Waktu itu,kami menjemput siapa sahaja untuk melakukan apa sahaja atas nama seni dan kami berjaya ,dengan sokongan ramai kawan-kawan,mengadakan satu aktiviti seni yang melibatkan pelukis,penyair,jurugambar dan penyanyi.

Pesta pertama itu berlaku dengan jayanya dalam hujan lebat.
Baru-baru ini,kami ke Gelangan Seni Warisan dan ketika berbual mengenai betapa seorang dari teman kami telah menutup galeri seninya di Jalan Besar,Wan Adnan,pengurus GSW telah melahirkan idea betapa jika Jalan Besar itu dijadikan lorong seni. Kami amat tertarik dengan idea tersebut.

Beberapa lama sebelum itu,Mohd.Hatta Dato Ismail ada menyuarakan betapa akan meriahnya persekitaran Tjantek Art Bistro jika ada berlaku aktiviti seni berhampiran dengan kedai kopi makam atas milik Itjan,isteri Mohd.Hatta itu.

Petang sebelum itu,Engku Amir pula menyuarakan keinginan beliau untuk kembali melukis potret.Lalu kami pun dengan segera setuju untuk melakukannya pada malam itu juga.

Walaupun kami bukan dari kalangan pelukis yang menjadikan potret sebagai kerja utama,ada diantara rakan kami yang melakukannya,maka menjadi kerja kami untuk sama memberi semangat.

Engku Amir pun mula mengiklankan program tersebut dan kami pun mula merebentuk poster aktiviti.Jika kamu perhatikan poster diatas sana,kamu akan dapati ianya tidak menyatakan dimana program itu akan diadakan selain dari di-Jalan Besar. Ia kerana kami lakukannya dalam keadaan tergesa.
Malam itu,selesai isya,kami pun mahu berangkat ketapak program sebelum mendapat panggilan yang mengatakan -hatta tutup kedai-. Kami berbelah bagi namun pergi juga kerana bimbang ada rakan artis sedang menunggu.

Kami tiba dan Munif Mohamad Nor telah ada disana. Kami berbincang mengenai kemungkinan berpindah ketapa lain. Kami mencadangkan tapa disebelah Old Town White Coffee kerana disana kelihatan ramai pelanggan.

Munif tetap dengan keputusan mahu terus tetap kepada rancangan asal. Dan kami setuju.

Sedang kami bersiap sedia,kedai Hatta pun dibuka dan memulakan operasi. Munif mengajar kami betapa pentingnya tegas dalam taat kepada keputusan.
Mengapa program ini digelar PROJEK HARAM? Jawapan utamanya adalah dalam nilai komersialnya perkataan itu. Yang haram biasanya lebih menarik (orang) dari yang halal. Keduanya kerana program ini sememangnya haram jika kebenaran pihak berkuasa hendak dikira.

Kami tidak memohon sebarang kebenaran dari sesiapa. Tidak dari majlis perbandaran mahupun dari tuan punya kakilima yang kami takluk itu juga kepada tuan punya Tjantek Art Bistro. Mengapa? Mungkin tanya kamu. Maka jawapan kami ialah kerana kami malas.

Juga kerana jika program begini dirancang dengan rapi,besar kemungkinan ianya tidak akan terlaksana. Kami mencuba kesepontanan dan rasanya kami berjaya.

Bermula dari situ dan dalam perbincangan tidak rasmi,kami setuju untuk meneruskan aktiviti dilorong ini pada setiap malam.
Kami bercadang untuk duduk disini dari isnin hingga khamis. Jika kamu berminat dengan lukisan atau kamu sendiri adalah mereka-mereka yang terlibat dengan lukisan dalam apa bentuk sekalipun,maka kami menjemput kamu kemari dengan ingatan yang kamu datang dengan kemungkinan dihalau oleh pihak berkuasa.

Kami juga berharap persatuan pelukis yang ada di Malaya ini menyokong aktiviti ini. Boleh sahaja jika GAPs misalnya menjemput pelukis-pelukis dari seluruh Malaya untuk bersama kami. Kami menerima apa sahaja bentuk sokongan dari siapa sahaja.

Jika kamu bukan pelukis,iklankan program ini kepada rakan-rakan.Datang tempah potret atau berbual kosong.

Pusat bandar Kuantan tidak menyediakan tapak seni maka kami berpendapat kita-lah yang bertanggungjawab melakukannya. Kamu juga boleh bersama kami dalam membangunkan satu keadaan yang sihat untuk diri kamu dan orang keliling.

Mungkin program ini akan berjaya atau mungkin juga ianya akan mati setelah beberapa minggu namun kita tidak akan tahu sehingga kita mencuba.

Ada yang mengatakan program ini dibuat untuk menceriakan Ajis yang sedang dalam zamam murung,kami katakan yang program ini adalah untuk menceriakan kita semua.

Moh!

Wednesday, February 11, 2009

Monday, February 9, 2009

Sunday, January 4, 2009

6. hello datuk maznah

Pihak-pihak yang rajin merekodkan kejayaan wajip memberi perhatian khas kepada BALAI SENILUKIS PAHANG.

Ini adalah kerana, balai berkenaan dalam perjalanan untuk mencipta rekod mempunyai kurator paling ramai dalam jangkamasa paling singkat.Setakat ini sudah dua kurator yang bertugas dan berhenti dengan yang paling akhir bertugas selama atau sesekejap 3 bulan.

Rekod juga telah dicipta oleh BALAI SENILUKIS PAHANG sebagai sebuah balai seni lukis yang paling bangang.Dalam Malaya bahkan di dunia!

Apa sebenarnya tujuan penubuhan balai berkenaan? Mencari keuntungan kah atau sebagai payung kepada pengiat senilukis. Ianya harus dimuktamatkan.

Tempat yang sepatutnya menjadi pelantar kepada kegiatan senilukis di Pahang sehingga kini hanya menjadi gajah putih. Sepi tanpa sebarang kegiatan.

Mengapa setiap apa yang dipegang oleh ahli politik akan menjadi kubur? Nasib yang sama menimpa apa sahaja pertubuhan yang tunggaknya di pegang oleh ahli politik. Lihat sukan di negara indah permai ini. Semuanya dalam keadaan nazak.

Dan yang paling pentingnya, mengapa setiap pertubuhan mesti di pegang oleh ahli politik?

Meletakkan ahli politik yang sedikit arif mengenai senilukis misalnya,didalam pertubuhan kadangkala menjadi bebal kerana sibuknya mereka dengan sejuta tugas membela rakyat. Inikan pula jika di letakkan seseorang yang langsung tidak faham.

BALAI SENILUKIS PAHANG pada awal penubuhannya adalah lambang kemegahan para pelukis di negeri ini. Seperti yang di ketahui umum, tidak semua negeri mempunyai balai pameran untuk anak negeri. Namun kini,balai tersebut menjadi barah yang memecah-belahkan para pelukis dinegeri ini.

Cara penyelesaian terbaik bagi BALAI SENILUKIS PAHANG adalah ianya ditutup dan bangunan tersebut dijadikan gerai makan. Majlis Perbandaran Kuantan tentu gembira kerana impian mereka untuk menjadi bandar dengan sejuta medan selera akan makin tercapai.

Dan khabarnya para pelukis di negeri ini sedang bertungkus-lumus mempelajari jenis-jenis tarian kerana kepada kebanyakkan pihak berwajip, sumbangan seni yang paling patut di pertahankan adalah tarian.

Monday, December 15, 2008

5


Dengan tanpa rasa bersalahnya, maka kerajaan Pahang meminta bantuan Persekutuan agar di beri wang untuk memulihkan Tasek Chini.

Negeri yang memiliki seribu satu macam tarikan semulajadi perlancungan ini jatuh menjadi peminta sedekah kerana tidak pandainya mentakbir harta percuma.Memalukan apabila negeri yang kaya dengan berbagai sumber pendapatan alam ini merengek meminta di bantu. Seperti lelaki tua yang manja.

Pembalakan haram,perlombongan dan orang asal yang sering berak merata dipersalahkan keatas pencemaran yang berlaku disitu.

Cuba tengok balik siapa yang gatal meluluskan pembalakkan dan perlombongan di kawasan sekitar. Cuba fikir siapa yang mengaut untung apabila kawasan yang sepatutnya dibiarkan itu 'dimajukan'.

Mengapa keuntungan dari baik -jahat meluluskan pembangunan tidak perlu itu di salurkan balik ke pada pemeliharaan bukan untuk membaikpulih rumah kamu dan kerabat?

Kita tidak faham yang ada sebahagian dari kehidupan ini yang lebih berharga jika tidak dimajukan. Membina jalanraya yang elok menuju Tasek Chini adalah kemajuan yang diundang,tetapi membina seribu macam binaan di kawasan berhampiran adalah perbuatan jahat yang menunggu masa untuk membinasakan persekitaran.

Dua puluh tahun dahulu saya ke Tasek Chini dan ketika itu hanya terdapat satu pengusaha pondok tumpangan. Para pemandu bot di tasek berkenaan dengan penuh bersemangat bercerita bagaimana ramainya pelancong yang datang.

Hari ini, setiap kali saya mencadangkan lawatan sambil belajar ke tasek berkenaan, maka saya sering dinasihati agar tidak kerana kata pemberi nasihat, tiada lagi teratai yang cantik itu, tempatnya tidak dijaga dan seribu macam alasan yang menghalang. Mungkin ini adalah fitnah pemberi nasihat namun kita tidak pernah mendengar kisah hebat tasek berkenaan sehinggalah seorang pelakon bercadang menjadikan lagenda tasek berkenaan sebagai filim. Dan cerita memerlukan bantuan ini pula timbul setelah pelakon itu meninggal dunia.

Mungkin ada pihak yang marah dengan kematian itu kerana banyak harapan yang disandarkan agar filim itu nanti akan menaikkan semula nama Tasek Chini.

Tipikal pemerintah Pahang, tunggu dan lihat,biar orang lain buat.

Balak dan lombong adalah hasil besar negeri Pahang. Kepada pembalak dan pelombong. Juga kepada yang terlibat meluluskannya. Untungnya besar dan semua dilakukan untuk meluluskannya tanpa peduli kepada sakit yang dihadapi alam.

Yang penting kepada mereka yang terlibat adalah untung segera tanpa mahu menjadikannya suatu khazanah untuk genarasi masa hadapan.

Ia-lah..apa perlu genarasi mendatang sedang kita umur pendek. dari mereka baik kita.

Taman Negara, Cameron Highland,Bukit Fraser dan beberapa lagi kawasan menarik sekitar Pahang ini harus dipersalahkan kerana mereka berada dikawasan kayu mahal dan jika suatu hari nanti semua ini hilang, maka Maha Berkuasalah yang salah kerana menjadikan sedemikian.

Dan orang asal memang tabiat mereka berak merata. Sekurang-kurang mereka menyuburkan alam.

Monday, December 8, 2008

4

Adalah menjadi harapan apabila lebuh raya kuantan-pekan siap nanti, akan dibina simpang berlampu isyarat di susur keluar dari kuantan ke pekan.Ianya di ketahui umum sebagai satu kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Begitu juga susur masuk dari kuala lumpur ke pekan. Di sini pernah berlaku kemalangan yang meragut nyawa kanak-kanak sekolah.

Kita tidak mahu tindakan hanya di ambil apabila berlaku kemalangan yang menjadi berita besar baru suatu kerja menjadi amat serius. Biarlah kita beringat sebelum daripada menangis dan menyalahkan keliling sesudah.

Thursday, November 6, 2008

3

Di bawah ini adalah gambar-gambar di tempat yang di namakan Medan Pelanchong. Untuk pengetahuan kamu, ini adalah medan yang tidak ada pelancong sebenarnya.Letaknya di tengah-tengah Kuantan,bandar palma eh! bukan,bandar kemboja,eh! bukan,bandar ke'embong.

Lama dulu, adalah menjadi agenda pelancongan bilamana pelancong yang datang ke kawasan sekitar kuantan dibawa ke sini dan disini juga disediakan perkhidmatan beca sewa khas kepada pelancong. Maka, ketika itu menjadi hiburan kepada kami bila melihat beca yang di hias berbagai membawa pelancung keliling bandar kuantan.

Namun seperti apa juga di malaya indah permai aman damai ini, apabila bertukar ketua, polisi pun bertukar. Pengayuh beca semua pencen. Para peniaga di sini juga lemas.







Khabarnya Medan Pelanchong ini akan di bangunkan. Malangnya semua peniaga di sini akan di pindahkan.Begitulah yang berlaku apabila kita di perintah oleh orang yang makan gaji. Mereka tidak faham betapa untuk mengumpul pelanggan dalam satu-satu perniagaan mengambil masa.

Mereka yang tahu setiap bulan mendapat gaji tidak mengerti akan maslahat orang berniaga. Mereka-mereka yang berniaga di sini telah mempunyai pelanggan tetap. Apabila di pindahkan, mereka perlu mencari pelanggan baru.Maka bermulalah kembali kitaran kesusahan para peniaga kecil ini.




Kononnya tempat ini akan dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang moden menyerupai 'depan air' di borneo sana. Walhal jika tempat ini di baiki dan peniaga yang sama diberikan tempat yang lebih elok, rasanya mereka akan lebih gembira. Namun, mana untungnya jika terus-terusan membiarkan pihak majlis mengutip sewa 300 ringgit bilamana jika di halau mereka ini, sewa baru akan lebih menguntungan kan.




Sampai bila-bila pun nasib peniaga kecil akan di pinggirkan. Kita tidak nampak jika tempat ini dibaiki dengan kos yang sedikit sambil mengekalkan ciri-ciri asal bangunan yang ada, sepuluh duapuluh tahun akan datang senibina tersebut akan menjadi klasik. Kita buat baru kerana kita merasakan pelancong datang kerana mahukan bangunan moden. Kerana itulah agaknya ramai pelancong ke bali dan china, untuk melihat bangunan moden dan baru.

ps: kak tim tukang jahit dan mat jari jemari (menyorokkan muka) sudah lebih 20 tahun berniaga di Medan Pelanchong.