Followers

Thursday, February 23, 2012

membina lorong seni.kuantan

Mengapa PROJEK HARAM,mungkin ada yang bertanya. Dulu,jika kamu ingat,kami pernah menganjurkan satu projek haram juga.

Waktu itu,kami menjemput siapa sahaja untuk melakukan apa sahaja atas nama seni dan kami berjaya ,dengan sokongan ramai kawan-kawan,mengadakan satu aktiviti seni yang melibatkan pelukis,penyair,jurugambar dan penyanyi.

Pesta pertama itu berlaku dengan jayanya dalam hujan lebat.
Baru-baru ini,kami ke Gelangan Seni Warisan dan ketika berbual mengenai betapa seorang dari teman kami telah menutup galeri seninya di Jalan Besar,Wan Adnan,pengurus GSW telah melahirkan idea betapa jika Jalan Besar itu dijadikan lorong seni. Kami amat tertarik dengan idea tersebut.

Beberapa lama sebelum itu,Mohd.Hatta Dato Ismail ada menyuarakan betapa akan meriahnya persekitaran Tjantek Art Bistro jika ada berlaku aktiviti seni berhampiran dengan kedai kopi makam atas milik Itjan,isteri Mohd.Hatta itu.

Petang sebelum itu,Engku Amir pula menyuarakan keinginan beliau untuk kembali melukis potret.Lalu kami pun dengan segera setuju untuk melakukannya pada malam itu juga.

Walaupun kami bukan dari kalangan pelukis yang menjadikan potret sebagai kerja utama,ada diantara rakan kami yang melakukannya,maka menjadi kerja kami untuk sama memberi semangat.

Engku Amir pun mula mengiklankan program tersebut dan kami pun mula merebentuk poster aktiviti.Jika kamu perhatikan poster diatas sana,kamu akan dapati ianya tidak menyatakan dimana program itu akan diadakan selain dari di-Jalan Besar. Ia kerana kami lakukannya dalam keadaan tergesa.
Malam itu,selesai isya,kami pun mahu berangkat ketapak program sebelum mendapat panggilan yang mengatakan -hatta tutup kedai-. Kami berbelah bagi namun pergi juga kerana bimbang ada rakan artis sedang menunggu.

Kami tiba dan Munif Mohamad Nor telah ada disana. Kami berbincang mengenai kemungkinan berpindah ketapa lain. Kami mencadangkan tapa disebelah Old Town White Coffee kerana disana kelihatan ramai pelanggan.

Munif tetap dengan keputusan mahu terus tetap kepada rancangan asal. Dan kami setuju.

Sedang kami bersiap sedia,kedai Hatta pun dibuka dan memulakan operasi. Munif mengajar kami betapa pentingnya tegas dalam taat kepada keputusan.
Mengapa program ini digelar PROJEK HARAM? Jawapan utamanya adalah dalam nilai komersialnya perkataan itu. Yang haram biasanya lebih menarik (orang) dari yang halal. Keduanya kerana program ini sememangnya haram jika kebenaran pihak berkuasa hendak dikira.

Kami tidak memohon sebarang kebenaran dari sesiapa. Tidak dari majlis perbandaran mahupun dari tuan punya kakilima yang kami takluk itu juga kepada tuan punya Tjantek Art Bistro. Mengapa? Mungkin tanya kamu. Maka jawapan kami ialah kerana kami malas.

Juga kerana jika program begini dirancang dengan rapi,besar kemungkinan ianya tidak akan terlaksana. Kami mencuba kesepontanan dan rasanya kami berjaya.

Bermula dari situ dan dalam perbincangan tidak rasmi,kami setuju untuk meneruskan aktiviti dilorong ini pada setiap malam.
Kami bercadang untuk duduk disini dari isnin hingga khamis. Jika kamu berminat dengan lukisan atau kamu sendiri adalah mereka-mereka yang terlibat dengan lukisan dalam apa bentuk sekalipun,maka kami menjemput kamu kemari dengan ingatan yang kamu datang dengan kemungkinan dihalau oleh pihak berkuasa.

Kami juga berharap persatuan pelukis yang ada di Malaya ini menyokong aktiviti ini. Boleh sahaja jika GAPs misalnya menjemput pelukis-pelukis dari seluruh Malaya untuk bersama kami. Kami menerima apa sahaja bentuk sokongan dari siapa sahaja.

Jika kamu bukan pelukis,iklankan program ini kepada rakan-rakan.Datang tempah potret atau berbual kosong.

Pusat bandar Kuantan tidak menyediakan tapak seni maka kami berpendapat kita-lah yang bertanggungjawab melakukannya. Kamu juga boleh bersama kami dalam membangunkan satu keadaan yang sihat untuk diri kamu dan orang keliling.

Mungkin program ini akan berjaya atau mungkin juga ianya akan mati setelah beberapa minggu namun kita tidak akan tahu sehingga kita mencuba.

Ada yang mengatakan program ini dibuat untuk menceriakan Ajis yang sedang dalam zamam murung,kami katakan yang program ini adalah untuk menceriakan kita semua.

Moh!

0 comments: